Assalamualaikum...
Setiap benda hidup akan mengitar semula tenaga matahari. Proses aliran tenaga ini berlaku melalui rantaian makanan. Rantaian makanan bermula dari tumbuh-tumbuhan hijau yang juga merupakan pengeluar kerana ia mampu membina gula daripada karbon dioksida dan air melalui proses fotosintesis.
Haiwan herbivor pula akan memakan tumbuh-tumbuhan manakala haiwan karnivor akan memakan haiwan lain. Apabila haiwan-haiwan ini mati, ia akan mengalami proses pereputan di mana bakteria dan mikroorganisma akan mengembalikan nutrien kepada alam sekitar untuk diguna semula oleh tumbuh-tumbuhan sebagai bahan nutrien.
Jaringan makanan yang terdiri daripada gabungan beberapa rantaian makanan dikenali sebagai siratan makanan. Gabungan ini berlaku kerana organisma-organisma di dalam rantai makanan saling berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment